Pages

Tuesday, April 19, 2011

Rahsia Warna Mengikut Tarikh Lahir...

Rahsia Warna Anda
>
>
>
> Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh
> lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu
> berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun
> boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu
jatuh
> pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal
> pasti
> warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna
> tersebut.
>
>
> 23 hingga 1hb Disember - Merah
> 2 hingga 11hb Januari - Oren
> 12 hingga 24hb Januari - Kuning
> 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
> 4 hingga 8hb Februari - Biru
> 9 hingga 18hb Februari - Hijau
> 19 hingga 28hb Februari - Perang
> 1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
> 11 hingga 20hb Mac - Lime
> 21hb Mac - Hitam
> 22 hingga 31hb Mac - Ungu
> 1 hingga 10hb April - Biru
> 11 hingga 20hb April - Perak
> 21 hingga 30hb April - Putih
> 2 hingga 14hb Mei - Biru
> 15 hingga24hb Mei - Emas
> 25 hingga 3hb Jun - Krim
> 4 hingga13hb Jun - Kelabu
> 14 hingga 23hb Jun - Maroon
> 24hb Jun - Kelabu
> 25 hingga 4hb Julai - Merah
> 5 hingga 14hb Julai - Oren
> 15 hingga 25hb Julai - Kuning
> 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
> 5 hingga 13hb Ogos - Biru
> 14 hingga 23hb Ogos - Hijau
> 24hb Ogos 2hb September - Perang
> 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
> 13 hingga 22hb September - Lime
> 23hb September - Olive
> 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
> 4 hingga 13 Oktober - Biru
> 14 hingga 23hb Oktober - Perak
> 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
> 12 hingga 21hb November - Emas
> 22hb November hingga 1hb Disember - Krim
> 2 hingga 11hb Disember - Kelabu
> 12 hingga 21hb Disember - Maroon
> 22hb Disember - Teal Merah
>
>
> Merah
>
> Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang
> comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi.
> Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu
> badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak
> berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan
> dengan mereka.
>
> Krim
>
> Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu
> ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga
> bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan.
> Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun
> kekasih!
> Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai
> seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari
> segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan
> cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang
yang
> benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama
> untuk melafazkan sayang!
>
> Teal (warna kayu)
>
> Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu
> menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu
> sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu
> yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
> memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih
> yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain
> menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah
> membuatkan diri kamu punya ramai teman.
>
> Merah Jambu
>
> Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa
> juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil
> tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk
dipenuhi
> keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.
> Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
> keindahan semata.
>
> Hijau
>
> Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan
> diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang
> tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang
> lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu
> disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya
> mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
> jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
>
> Emas
>
> Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan
> silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan
> ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa.
> Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar
> kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan
> begitu
> saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
> yang seterusnya dalam tempoh yang lama.
>
> Kuning
>
> Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai
> oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga
> lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.
> Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia!
> Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang
> jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga
> orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia.
> Alahai!
>
> Maroon
>
> Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang
> bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka
> melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa
> pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
> masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu
> buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap
> setia kamu dalam perhubungan!
>
> Oren
>
> Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas
> tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani
> buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
> sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu
> punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini
> dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
> sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila
> kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga
> dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
>
> Ungu
>
> Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang
> dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
> Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah
> terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan
> peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa
> gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
> diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan,
> kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak
> stabil kewangan mereka.
>
>
> Warna buah limau (Lime)
>
> Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai.
> Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda
> masalah.
> Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
> perkara-perkara
> kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti
> tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
> Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
>
>
> Perak
>
> Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah
> kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau
> bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga
> namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu
> menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri
> untuk
> melihat
> sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
> bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan
> hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan
> dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati
> juga suatu hari nanti.
>
> Hitam
>
> Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk
> melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar
kamu
> kerana
> kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
> mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia
> sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar
> dan
> perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
> Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
>
>
> Warna buah Zaiton (Olive)
>
> Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan
> suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
> Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan
> kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
> yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
> percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
> menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
>
>
> Perang
>
> Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai
> aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang
> teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain.
> Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh
> sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
> cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
> putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu
> perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
> Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?
>
> Kelabu
>
> Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik
> orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan
> menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh
> sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga
> perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
> bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati
> orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
>
>
> Biru
>
> Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu
> pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang
> harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri.
> Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
> berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan
> dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat
> jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
> bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar
> menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan
> hubungan
> itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.
>
> Biru laut
>
> Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala galanya.
> Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
> juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi
> perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa
depan.
> Tapi
> berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
> seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan
> orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana
> taknya,
> ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
> melakukan kesilapan!
>
> Putih
>
> Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk
> mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi
> terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
> pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya
> dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan
> cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si
> dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu,
> cemburu buta namanya!
>
> Biru kehijauan (Aqua)
>
> Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu
> berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan.
> Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri
> melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman.
> Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari
> segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu
> mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal
> dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli,
> kelak
> memakan diri!

1 comment:

  1. Ske putih tp tak match...msti ade sumthg wrong sama ini tilik knnnnn...hehehe

    ReplyDelete